Welcome banner

Welcome banner

welcome

welcome1

Promo1

Promo1

Sunday, 29 May 2011

Seminar MIB: Status MIB termaktub dalam perlembagaan.

UBD, Tungku, Gadong-Khamis 19 Mei 2011;  Status Negara Brunei Darussalam sebagai Melayu Islam Beraja (MIB) memang tepat kerana ia termaktub dalam perlembagaan negara ini  yang menjadi tunggak  serta asas kepada pembentukan dan pemerintahan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Ia adalah satu wadah memberi kuasa pemerintahan sendiri dan menjadi landasan perjuangan mengambil alih  setentunya kedaulatan dan kemerdekaan Negara Brunei Darussalam.

Penolong Peguamcara Negara, Jabatan Peguam Negara, Dayang Naimah binti Mohd Ali menyatakan perkara itu semasa membentangkan kertas kerja ke-13 di Seminar Melayu Islam Beraja (MIB).

Beliau menambah, dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini, tentu sesuai jika ketua pentadbir serta jawatan-jawatan yang terpenting pemegangnya menganut agama Islam supaya pentadbirannya tidak menyalahi ajaran agama Islam.

Konsep Beraja pula menurutnya, merupakan sistem pemerintahan turun temurun yang meletakkan raja sebagai payung kepada bangsa dan negara di samping sumber sumber kekuasaan serta kewibawaan pemerintah dan kerajaann.

Kedudukan konsep MIB telah dengan secara spesifik terangnya, diperkukuhkan lagi dalam perlembagaan negara iaitu dalam peruntukan yang mengkategorikan jenis undang-undang usul dan 'partition' yang tidak  boleh dibahaskan tanpa titah perkenan.

Beliau berkata, konsep-konsep MIB juga terdapat dalam undang-undang bertulis  yang lain secara ringkas mengenai konsep Melayu, undang-undang tahapkerakyatan Negara Brunei Darussalam dan menetapkan ketulinan Melayu Brunei dengan kuasa mutlak  undang-undang yang dikhususkan kepada puak-puak jati Melayu iaitu Belait, Bisaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut dan Tutong.

Manakala, orang lain yang bukan dari bangsa atau puak yang diiktiraf oleh undang-undang sebagai  puak jati dari bangsa Melayu Brunei hanya akan diterima   menjadi  rakyat secara berdaftar dan penaungan ditentukan oleh syarat-syarat tertentu.

No comments:

Post a Comment